UntukmuYaman | Proses penyediaan makanan iftar buat pelarian Yaman
Tim Misi Peduli Yaman dari Serantau Muslim dan Global Peace Malaysia telah bersama-sama menyediakan pek makanan iftar di Yaman.
Pek iftar ini terdiri daripada makanan yang siap di masak seperti nasi, lauk, buah dan makanan pelengkap lain.
Tim misi bersama-sama mengerah keringat dalam aktiviti penyediaan dan pembungkusan pek iftar ini yang seterusnya akan diagihkan kepada pelarian-pelarian Yaman di kem pelarian.
Syukur, Alhamdulillah, tim misi kali ini dapat menyediakan menu istimewa buat pelarian-pelarian di sana dan ini mungkin makanan sebegini jarang ditemui mereka. Baunya cukup menyelerakan.
Tim misi dari kedua-dua pertubuhan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu demi membahagiakan mereka yang memerlukan.
.
Laporan khas Misi Peduli Yaman 🇾🇪