2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-03-25 at 4.34.00 PM
Uncategorized @ms

Serantau Muslim santuni komuniti muslim sekitar Ho Chi Minh, Vietnam sempena Tajaberbuka.com

Serantau Muslim yang diwakili Pengerusinya, Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Mohd Hakim Haji Mohd Nor bersama-sama pihak pengurusan yang lain telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh, Vietnam.

Dalam kesempatan tersebut, pihak Serantau Muslim telah bersua muka dengan Encik Firdauz Othman, selaku Consulate General Malaysia di Ho Chi Minh bagi membincangkan perkara berkaitan usahasama yang oleh dilakukan di sana bersama-sama komuniti Muslim.

Setelah perbincangan selesai, pihak Serantau Muslim telah berjumpa jemaah di sana dan melakukan agihan pek makanan taja berbuka sebanyak 85 beg buat komuniti muslim di Masjid Jamiul Muslimin Ho Chi Minh.

Serantau Muslim berharap segala usaha yang dilakukan ini dapat memberikan 1,001 manfaat kepada penduduk Muslim di sana, Insya-Allah.