2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-03-28 at 12.24.38 PM (1)
Uncategorized @ms

Untukmu Yaman | Proses ‘menghidupkan’ kembali sekolah di kem pelarian

Alhamdulillah, tim Misi Peduli Yaman sudah mempunyai kata sepakat iaitu ingin memastikan dua buah sekolah yang telah ditutup di kem pelarian agar dibuka semula!

Tim Misi Peduli Yaman telah melakukan perbincangan untuk pembelian fasiliti di dua buah sekolah di Yaman. Antara keperluan yang dikenalpasti setakat lawatan di sana, tim misi akan membeli beberapa bauh kipas, kerusi, meja dan sebagainya.

Dalam perkembangan sama, tim misi telah melakukan ‘survey’ kilang pembinaan kerusi dan meja serta kedai perabot untuk mendapatkan harga yang berpatutan seterusnya boleh digunakan untuk anak-anak pelarian di sana demi sebuah ilmu.

Insya-Allah dalam masa terdekat rakan kerjasama NGO tim misi di Yaman akan memulakan proses membuka semula sekolah di kem pelarian itu.

Doakan dan teruskan sokongan, Anak-anak pelarian di kem-kem sangat dahagakan ilmu!

.

Laporan khas Misi Peduli Yaman