2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-04-05 at 11.34.45 PM
Uncategorized @ms

Majlis berbuka puasa Serantau Muslim dan DMDI penuh makna

5 April 2024 – Program Berbuka Puasa anjuran Serantau Muslim dan DMDI bersama Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali Mohd Rustam dengan kerjasama Saudagar DMDI dan Biro Prihatin DMDI telah diadakan dengan kehadiran melebihi 300 orang.

Selain daripada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali Mohd Rustam yang juga merupakan Presiden DMDI, program ini turut dihadiri oleh Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Mohd Hakim Bin Haji Mohd Nor, Pengerusi Serantau Muslim merangkap Pengerusi Biro Prihatin DMDI.

Turut bersama dalam majlis ialah Datuk Wira Abdul Jamil Mukmin, Naib Presiden DMDI, Datuk Wira Zainal, Pengurus Besar Yayasan DMDI, Cik Hazelen Talib, Setiausaha Agung DMDI, Datuk Norsabrina Nordin, Setiausaha Eksekutif DMDI dan Datuk Joy Abdul Rashid, Ketua Saudagar DMDI.

Program yang telah dihadiri oleh 150 asnaf dan 70 pelajar tahfiz dan anak yatim ini telah di adakan pada hari Jumaat 5 April bertempat di Al Amira Wedding House Sungai Duyong Melaka.

Program Berbuka Puasa ini diadakan bertujuan untuk menyantuni para asnaf dengan program berbuka puasa dan perkongsian pek makanan barangan dapur.

Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali Mohd Rustam juga telah memperkenankan untuk menyampaikan duit raya kepada semua pelajar tahfiz dan anak yatim yang hadir.

Turut hadir ialah beberapa wakil media tempatan dan wakil NGO NGO tempatan.