2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2022-12-05 at 12.33.10 PM
Info Semasa

Tentera Zionis lancar serangan udara ke Semenanjung Gaza

GAZA CITY: Pasukan tentera Israel melancarkan serangan udara terhadap kubu pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza selepas mendakwa kumpulan itu melancarkan roket ke arah wilayah Israel.

Serangan itu berlaku seleoas kumpulan Jihad Islam mengancam untuk membalas dendam selepas tentera Zionis menembak mati dua pemimpinnya di pekan Jenin, Tebing Barat pada Khamis lalu.

“Sebagai tindak balas pelancaran roket ke arah wilayah Israel, jet pejuang tentera Israel melancarkan serangan udara terhadap infrastruktur penghasilan senjata milik Hamas.

“Sasaran itu merupakan kemudahan kritikal buat Hamas kerana ‘kebanyakan roketnya dihasilkan di situ,” jelas kenyataan tentera Israel.

Selain itu, tentera Zionis turut menyerang terowong Hamas di selatan Semenanjung Gaza.

Dalam pada itu, Hamas memaklumkan pihaknya menggunakan peluru berpandu antipesawat semasa tentera Israel melancarkan serangan udara ke Gaza.

Sumber keselamatan di Gaza memberitahu, dua kawasan di selatan wilayah itu menjadi sasaran serangan udara Zionis iaitu pusat latihan ketenteraan di Khan Younis dan kawasan tidak berpenghuni berhampiran Rafah.

Kesemua serangan terbabit tidak menyebabkan kecederaan terhadap mana-mana pihak.

“Tentera Zionis semakin agresif menyerang Semenanjung Gaza, biarpun mereka yang memulakan pembunuhan penduduk Palestin,” kata jurucakap Hamas, Hazem Qassem.

Sumber: Utusan