2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2022-12-06 at 1.37.47 PM
Info Semasa

Amaran tegas kepada Netanyahu

WASHINGTON – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berikrar untuk menentang projek penempatan haram atau pengilhakan di Tebing Barat.

Amaran itu secara terang-terangan diberikan kepada kerajaan baharu yang dibentuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu setelah banyak pihak bimbang dengan penyertaan ahli politik ekstremis dan berhaluan kanan yang akan menggugat hak penduduk Palestin.

Sebagai cubaan untuk mengelakkan sebarang salah faham bersama sekutu kuat AS itu, Blinken juga menyatakan kononnya beliau tidak akan menilai kerajaan gabungan baharu tersebut berdasarkan personaliti mereka.

“Hanya tindakan dan pelaksanaan dasar mereka akan dinilai,” ujarnya kepada kumpulan sokongan pro-Israel, J Street pada Ahad.

Menurutnya, pentadbiran Presiden Joe Biden akan berusaha ‘memelihara’ langkah perdamaian yang bertujuan untuk penubuhan negara Palestin.

“Kami akan menentang sekeras-kerasnya sebarang rancangan yang mahu menjejaskan prospek penyelesaian dua negara atau mengancam status quo,” katanya lagi.

Difahamkan, pemimpin Religious Zionism, Itamar Ben-Gvir yang dijangka memegang jawatan penting dalam kerajaan pimpinan Netanyahu merupakan penyokong utama projek penempatan haram selain mengutamakan agenda Yahudi yang dikhuatiri akan menindas lagi penduduk Palestin. 

Sumber: Sinar Harian