2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

TENTERA LAUT ISRAEL TAHAN DUA NELAYAN BERHAMPIRAN PANTAI GAZA

 

BANDAR GAZA, 22 JULAI – Agensi berita Turki Anadolu menyatakan pasukan tentera Israel telah menahan dua orang nelayan Palestin berhampiran pantai Semenanjung Gaza pada Ahad lalu.

 

Nelayan tersebut dikenali sebagai Isam Nabil Al-Akra berumur 24 tahun manakala seorang lagi adalah adiknya, Riad Al-Akra, 20 tahun.

 

Tentera Israel turut bertindak merampas bot nelayan terbabit.

 

Setakat ini, tentera Israel belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penahanan itu.

 

Menurut angka Palestin, kira-kira 50,000 penduduk Gaza memperoleh pendapatan dengan menangkap ikan.

 

Selepas serangan Israel pada 2014 ke atas Semenanjung Gaza yang ditadbir Hamas,  lebih 2,150 penduduk Palestin telah terbunuh.

 

Dalam pada itu juga Israel mula membenarkan nelayan Palestin menangkap ikan di kawasan perairan berhampiran pantai Gaza.

 

Namun, pada Mei, tentera Israel berkata zon perikanan telah dikecilkan kepada 10 batu nautika berbanding 15 selepas belon api dilancarkan dari Gaza ke Israel.

 

Para pegawai Palestin berkata tentera laut Israel sering melepaskan tembakan ke arah nelayan di Gaza atas alasan mereka menangkap ikan di luar zon yang dibenarkan.

 

Sumber: Sinar Harian