2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
ef66ad3b-43dd-40c7-9f3d-fe01b226d3da.jpg
Info Semasa

Tentera Israel roboh rumah penduduk Palestin

QARAWAT BANI HASSAN: Tentera Israel merobohkan rumah dua rakyat Palestin di Tebing Barat, yang dituduh menembak mati peneroka Yahudi pada April lalu.

Menurut kenyataan tentera, mereka memusnahkan rumah di Qarawat Bani Hasan, di utara Tebing Barat, milik Yusef Aasi dan Yehya Miri, yang dituduh melepaskan ‘serangan tembakan maut di pintu masuk ke bandar Ariel, membunuh pengawal keselamatan Israel, Vyacheslav Golev’.

Aasi dan Miri ditangkap sehari selepas serangan pada 29 April lalu itu dan kini ditahan di Israel.

Mereka belum dibicarakan di mahkamah tentera Israel, yang bertanggungjawab ke atas kesalahan dilakukan oleh rakyat Palestin di bahagian Tebing Barat, sebuah wilayah yang diduduki Yahudi sejak 1967.

“Tindakan merobohkan rumah itu berlaku selepas petisyen daripada keluarga pengganas ditolak Mahkamah Agung,” kata kenyataan tentera itu.

“Ketika merobohkan rumah berkenaan, ratusan rakyat Palestin mencetuskan beberapa rusuhan ganas dengan membaling batu, bom molotov dan membakar tayar kenderaan tentera.

“Pasukan tentera hanya bertindak balas bagi menyuraikan rusuhan,” katanya.

Golev terbunuh ketika ketegangan memuncak dalam konflik Israel-Palestin, termasuk pertempuran biasa antara Palestin dan pasukan keselamatan Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada penghujung Ramadan.

Aktivis hak asasi manusia berkata tindakan Israel merobohkan rumah mereka yang disyaki penyerang adalah hukuman kolektif, kerana ia turut memberi kesan kepada orang lain, umpamanya kanak-kanak dan keluarga yang turut tinggal di rumah berkenaan.

Namun, Israel menegaskan tindakan itu berkesan bagi menghalang rakyat Palestin yang lain daripada melakukan serangan.

Kira-kira 475,000 peneroka Yahudi kini tinggal di Tebing Barat dalam komuniti yang rata-rata dianggap sebagai haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ariel, tempat Golev dibunuh, menempatkan salah satu komuniti peneroka Israel yang terbesar.

Sumber: Berita Harian