2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
03af3b8a-115b-48d4-8d6e-2da9895b1028.jpg
Info Semasa

Polis Makkah Tahan Warga Tempatan Bantu Wartawan Bukan Islam Masuk ke Tanah Suci

JEDDAH: Polis Makkah menahan seorang lelaki rakyat tempatan yang didakwa terlibat dalam membantu urusan seorang wartawan bukan Islam yang memegang kerakyatan Amerika Syarikat untuk memasuki tanah suci Makkah.

Media antarabangsa melaporkan wartawan itu ialah Gil Tamary daripada saluran siaran bebas Israel, Channel 13.

Laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pula memetik jurucakap Polis Makkah sebagai berkata; “Mereka menggunakan laluan yang dikhaskan kepada orang Islam, hal ini jelas melanggar undang-undang yang melarang kemasukan orang bukan Islam ke tanah suci Makkah” .

Pihak polis Makkah menegaskan bahawa segala undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan Arab Saudi perlu dihormati dan dipatuhi oleh setiap pengunjung tanah suci, khususnya di Masjidil Haram di Makkah dan Madinah.

“Sebarang pelanggaran seperti ini dianggap sebagai jenayah yang tidak boleh diterima dan hukuman akan dikenakan terhadap pelaku jenayah berdasarkan peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Kes wartawan itu telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Al Hijrah