2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-06-08 at 3.32.44 PM
Info Semasa

Tentera Israel lancar serangan, sasar bandar Ramallah

RAMALLAH: Pertempuran meletus selepas tentera Israel melancarkan serbuan yang jarang berlaku di bandar Ramallah, dekat Tebing Barat yang diduduki awal pagi tadi.

Menurut tentera, tindakan itu sebagai operasi untuk merobohkan rumah pejuang Palestin.

Menurut laporan Berita Harian, konvoi tentera dalam skala besar tiba di pusat bandar Ramallah yang juga pusat pemerintahan Palestin.

Situasi itu menyebabkan ratusan rakyat Palestin berkumpul di kawasan berkenaan.

Menurut saksi itu, beberapa pemuda Palestin melemparkan batu ke arah tentera Israel yang melepaskan peluru hidup, bom tangan dan gas pemedih mata ke arah orang ramai.

Tong sampah yang dibakar menyebabkan laluan jalan raya terhalang ketika siren ambulans dibunyikan.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya enam penduduk dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan, termasuk tiga daripada mereka mengalami luka akibat ditembak.

Tentera Israel berkata, operasi di Ramallah ‘bagi merobohkan kediaman pejuang yang melakukan serangan pengeboman di Baitulmaqdis pada November lalu’.

Letupan berkembar itu mengakibatkan dua orang terbunuh, termasuk seorang remaja Israel-Kanada dan sekurang-kurangnya 14 yang lain cedera dalam apa yang dikatakan polis sebagai letupan bom buatan yang dipasang di perhentian bas berhampiran pintu keluar bandar dan di persimpangan menuju ke kawasan penempatan.

“Tindakan merobohkan rumah pejuang (Palestin) adalah hukuman kolektif, termasuk dalam jenayah perang yang dilakukan terhadap penduduk di sini,” kata wakil parti Fatah, Abdel Fattah Dola.

Parti itu dipimpin oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Israel sebelum ini berkata, dasar merobohkan rumah pejuang Palestin adalah bagi menghukum dan menghalang penyerang yang berpotensi.

Beberapa jam sebelum insiden itu, utusan Amerika Syarikat ke Palestin, Hady Amr, bertemu dengan pegawai kanan Palestin, Hussein Al-Sheikh.

Untuk rekod, keganasan di Tebing Barat mencatatkan peningkatan pada tahun lalu.

Israel meningkatkan serbuan tenteranya di tengah-tengah serangan jalanan yang dilakukan penduduk Palestin di sekitar bandarnya.