2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

TENTERA ISRAEL BUNUH RAKYAT PALESTIN

BAITULMAQDIS: Tentera Israel membunuh seorang rakyat Palestin yang cuba melakukan serangan menggunakan pisau di kawasan Gush Etzion di Tebing Barat, semalam.

“Satu serangan menggunakan pisau di laporkan berlaku di persimpangan Gush Etzion, di selatan Bethlehem. Penyerang itu dineutralkan,” kata Tentera Israel dalam satu kenyataan.

Pihak tentera memberitahu bahawa penyerang itu ‘sudah mati’, sekali gus mengesahkan tentera membunuh penyerang berkenaan.

Gush Etzion adalah blok bagi 24 penempatan Israel dan terletak berhampiran Bethlehem.

Pergelutan kerap berlaku di kawasan itu oleh serangan individu rakyat Palestin.

Israel menduduki Tebing Barat sejak Perang Enam Hari pada 1967.

Ketika ini, kira-kira 475,000 penduduk Yahudi menetap di Tebing Barat di dalam penempatan yang dianggap haram oleh kebanyakan komuniti antarabangsa, di samping kira-kira 2.8 juta rakyat Palestin.

Dalam isu ini, Serantau Muslim berharap pihak Israel tidak sewenang-wenangya membunuh penduduk Palestin dan perlukan siasatan terlebih dahulu sebelum bertindak.

Serantau Muslim juga berharap pihak Israel dapat mengembalikan hak penduduk Palestin pada masa akan datang tanpa ada pertumpahan darah.

Sumber: Berita Harian