2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

BANGLADESH PINDAHKAN 3,000 ETNIK ROHINGYA KE KE PULAU

Dhaka: Bangladesh akan memindahkan lebih 3,000 pelarian Rohingya di Bhasan Char, sebuah pulau di Teluk Benggala.

Al Jazeera melaporkan, langkah itu diambil sejak Disember tahun lalu walaupun tindakan itu mengundang kritikan antarabangsa, kerana pulau berkenaan berdepan masalah banjir dan petir.

Negara berkenaan mengambil langkah penempatan semula kira-kira 3,500 orang pelarian Rohingya dari Myanmar yang menghuni kawasan sempadan dengan jutaan lagi tinggal di kawasan berbukit dan hutan.

Bhasan Char adalah pulau di tengah laut, yang dikesan, kira-kira 20 tahun lalu.

Ia mengambil masa beberapa jam perjalanan dengan kapal untuk sampai ke situ dari pelabuhan Chittagong.

Pelarian Rohingya yang menjadi mangsa kekejaman dan pengusiran majoriti Buddha di Myanmar, tidak dibenarkan meninggalkan pulau berkenaan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Kemungkinan besar mereka ini (pelarian) akan dibawa ke Chittagong esok dan lusa. Dari situ mereka akan dihantar ke Bhasan Char.

“Sebelum ini kami sudah melakukan persediaan untuk 700 hingga 1,000 orang namun akhirnya 1,800 orang dipindahkan ke sana.

“Pelarian yang dipindahkan lebih awal mengajak rakan-rakan dan saudara mara mereka ke sana. Sebab itu lebih ramai yang ke sana,”kata komander tentera laut, Abdullah Al Mamun Chowdhury.

Langkah itu diambil Bangladesh kerana penempatan yang begitu sesak di Cox’s Bazar, menyebabkan berlakunya banyak kes jenayah.

Sumber: Harian Metro