2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
f03cca3b-6b16-4868-aabe-b8a644161ac6.jpg
Info Semasa

Taufan Tropika Megi landa Filipina, 21 maut, 16 cedera

MANILA: Sekurang-kurangnya seorang maut, seorang hilang dan lebih 17,000 terpaksa dipindahkan akibat banjir serta tanah runtuh susulan ribut tropika pertama yang melanda Filipina tahun ini.

Hujan lebat mengakibatkan 10 masyarakat menetap di kawasan pergunungan terjejas teruk akibat tanah runtuh, menurut agensi bencana Baybay City di Leyte, timur Filipina.

Ribut Tropika Megi atau dikenali sebagai Agaton oleh penduduk tempatan, membadai pantai timur negara itu semalam, membawa hujan lebat hingga menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan terjejas.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, seorang warga emas berusia 83 tahun lemas dalam banjir di wilayah Davao De Oro, yang terletak 970 kilometer di selatan Manila.

Agensi pengurusan bencana Filipina pula memaklumkan, dua wanita cedera ketika mereka dihanyutkan banjir di wilayah Bukidnon.

“Ada beberapa laporan mengenai jumlah kematian yang lain, namun kami masih menunggu kiraan rasmi dan laporan daripada wakil di wilayah terjejas,” kata jurucakap agensi itu, Mark Timbal.

Menurut agensi itu, 17,892 individu dari 17 daerah terkesan terpaksa dipindahkan, manakala lebih 1,100 penumpang terkandas di beberapa pelabuhan di kawasan terkesan dengan Megi selepas pengawal pantai menggantung perjalanan laut.

Biro cuaca Filipina memaklumkan, kekuatan Megi sudah semakin lemah menjadi lekukan tropika ketika ini dan berkekuatan 55 kilometer sejam (km/j) dan tiupan angin 75 km/j.

Katanya, ia bergerak perlahan dari arah utara ke barat laut, namun dijangka berubah arah ke timur dan berkemungkinan bergabung dalam ribut tropika Malakas, yang sedang bergerak ke arah Filipina.

Malakas, dengan kekuatan 95km/j dan tiupan angin 115km/j serta bergerak dari arah barat ke barat laut dengan kelajuan angin 15km/j.

Sumber: BH