2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

TANAH RUNTUH DI KEM PELARIAN ROHINGYA, BANGLADESH MEMBAWA KEPADA MAUT  

DHAKA, 8 JULAI : Tanah runtuh akibat hujan lebat musim monsun di kem pelarian Rohingya di Bangladesh telah mengorbankan seorang mangsa dan menyebabkan lebih 4,500 lain hilang tempat tinggal.

 

Kira-kira 35 sentimeter hujan turun dalam tempoh 72 jam sebelum tanah runtuh berlaku semalam di kem sekitar Cox’s Bazar, menempatkan lebih 900,000 minoriti Islam Rohingya yang lari dari Myanmar itu, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

 

Sebanyak 26 kejadian tanah runtuh dilaporkan di kem sementara dibina di kaki bukit berhampiran sempadan Myanmar. Pokok dicabut untuk membina pondok dan kayu api, menyebabkan bentuk muka bumi tidak stabil.

 

Pegawai agensi pelarian PBB, Areez Rahman memaklumkan kira-kira 30 kem setinggan itu terjejas akibat rebut dan seorang wanita berusia 50-an maut akibat ditimpa dinding yang runtuh.

 

Seorang pelarian, Nur Mohammad, 40-an, yang tinggal di kem utama Kutupalong berkata, 12 saudaranya melarikan diri dari pondok tarpaulin di kaki bukit dan berlindung dengannya.

 

Pihak berkuasa berkata, kira-kira 5,000 pelarian yang terkandas di kawasan di tengah Bangladesh dan Myanmar juga terjejas akibat cuaca buruk.

 

Selain itu, masalah lain seperti cirit-birit turut terjadi akibat kejadian tidak diingini ini.

 

“Kanak-kanak mengalami cirit-birit dan kami tidak cukup air minuman yang bersih,” kata ketua kem Dil Mohammad.

 

Sumber: Berita Harian