2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

22 PENDUDUK PALESTIN TERKENA PELURU REJIM ZIONIS DALAM BANTAHAN DI SEMPADAN GAZA

BANDAR GAZA, 8 JULAI — Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan kira-kira 40 penduduk Palestin mengalami kecederaan dan dari jumlah tersebut seramai 22 orang daripadanya terkena tembakan peluru hidup ketika berlaku bantahan di sepanjang sempadan Israel-Gaza.

 

Menurut Pasukan Pertahanan Israel dipetik laman berita Haaretz, kira-kira 7,000 penduduk Palestin mengambil bahagian dalam protes di beberapa lokasi di Gaza.

 

Penganjur bantahan memanggil penduduk Gaza mengadakan protes susulan persidangan ekonomi terbaharu di Bahrain, mengatakan ia gagal kerana diboikot penduduk Palestin.

 

Jawatankuasa itu menambah, penduduk Palestin di Gaza akan meneruskan bantahan popular bagi menentang Presiden Donald Trump.

 

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang melawat kawasan selatan Rabu lalu menyatakan bahawa tentera Zionis sedang bersiap untuk melancarkan kempen tentera skala besar di Gaza walaupun ia sebenarnya mengeruhkan lagi keadaan di Gaza.

 

Sumber: Berita Harian