2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

“TAKZIAH KEPADA MANGSA DAN KELUARGA TEMBAKAN RAMBANG DI THAILAND”- PENGURUS BESAR SM

Melaka, 10 Feb – Serantau Muslim (SM) mengucapkan salam takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa atas kejadian tembakan rambang di bandar Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand, kelmarin. Dalam insiden yang tidak diingini itu, seramai 21 orang dilaporkan terkorban dan 31 orang lagi dibawa ke hospital akibat tercedera.

Dalam insiden ini, SM merasakan ia tidak harus berlaku kerana membabitkan seorang anggota kerajaan Thailand dan sanggup menyasarkan orang awam ketika berada di pusat beli belah.

SM menyeru pihak berkuasa di sana mengetatkan kawalan keselamatan agar kes tembakan rambang seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengerusi Serantau Muslim

#peaceforarakan

#sendmelove

#serantaumuslim