2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KEADAAN DI SYRIA KIAN MERUNCING, RAKYAT HIDUP DALAM KESUKARAN

Melaka, 10 Feb – Pemberontakan Syria merupakan konflik dalaman yang masih berterusan sejak 2011 sehingga kini. Dari sumber tertentu, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sehingga 17,925 -25,170 orang telah terbunuh, separuh daripadanya merupakan orang awam, namun termasuk 9,305 – 9,750 penempur bersenjata kedua pihak dan sehingga 1,700 pembantah pembangkang.

Dalam situasi tersebut, ramai yang melarikan dari dan ribuan pelarian telah melarikan diri melewati sempadan ke Iraq, Jordan, Lubnan dan Turki. Selain itu, puluhan ribuan pembantah ditahan, dan terdapat laporan seksaan dalam penjara.

Susulan itu juga, ramai pihak yang telah memberi reaksi terhadap kebangkitan ini. Liga Arab, Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB, Pertubuhan Kerjasama Islam, Majlis Kerjasama Teluk, Arab Saudi, Turki dan Amerika Syarikat antara lain mengutuk penggunaan kekerasan terhadap pembantah.

Kini, keadaan di sana semakin teruk. Serantau Muslim (SM) dimaklumkan bahawa keadaan penduduk Syria sangat tenat selepas beberapa siri serangan terbaru dilancarkan baru-baru ini. Zeki Lababidi, Presiden of the Syrian-American Council sendiri memaklumkan kepada SM bahawa situasi di Syria sangat genting dan memerlukan perhatian serta bantuan semua pihak bagi membantu penduduk di sana untuk meneruskan kehidupan.

Mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan, air dan tempat tinggal kerana mereka kini hanya berada di sempadan Turki-Syria dengan tiada bekalan sumber yang cukup.

Justeru, SM merayu kepada komuniti dunia untuk menyalurkan bantuan demi membantu orang awam termasuk anak-anak kecil, warga tua dan wanita di sana untuk mendapatkan keperluan seharian mereka.

Sebarang bantuan boleh disalurkan kepada TABUNG KEMANUSIAAN SYRIA SERANTAU MUSLIM, maybank 5641 0042 3099.

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengerusi Serantau Muslim