2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

SM SELAR TINDAKAN ZIO.NIS SELEPAS SEORANG KANAK-KANAK PALESTIN KRITIKAL DITEMBAK DI MATA KIRI

Melaka, 20 Feb – Serantau Muslim (SM) berasa sedih melihat keadaan kanak-kanak Palestin selepas ditembak rejim Zionis seperti yang dilaporkan agensi berita Anadolu.

SM difahamkan kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Malek Issa, berusia 8 tahun, telah ditembak ketika pulang dari sekolah bersama adik perempuannya di Isawiya, Baitulmaqdis.

Malek Issa telah mengalami kerosakan mata pada sebelah mata kirinya akibat tembakan rejim lakantullah itu.

SM merasakan rejim Israel begitu angkuh dan sangat sombong kerana langsung tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa dan keadaan ini akan berterusan jika tiada langkah padu dari komuniti dunia dalam mengatasi tindakan kejam rejim.

SM menyeru seluruh komuniti terus menerus memboikot barangan Israel dan sekutunya walaupun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pernah mengeluarkan kenyataan untuk memboikot negara yang memboikot mereka.

SM berharap komuniti dunia tidak takut dengan ugutan Israel dan mendoakan mereka serta sekutunya akan lumpuh pada masa akan datang dengan semangat kemanusiaan rentas sempadan berterusan dari semua negara.

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengerusi Serantau Muslim

#peaceforarakan

#sendmelove

#serantaumuslim