2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

SM BANTU YANG MEMERLUKAN DENGAN KERUSI RODA

5 Nov 2021: Serantau Muslim (SM) telah membantu golongan yang memerlukan dengan pelbagai bantuan di dalam dan luar negara.

Terbaru, SM telah mengagihkan bantuan kerusi roda kepada beberapa orang pemohon yang rata-rata mempunyai pendapatan sekitar RM1000 dan ke bawah.

Antara penerima bantuan ialah Encik Khalruddin yang berusia 40 tahun dari Selangor sangat memerlukan kerusi roda kerana beliau tidak berapa sihat dan tidak mampu untuk berdiri lama.

Manakala Encik Kiprawe Daud, 51 tahun dari Sarawak pula sedang mengidap sakit kencing manis dan buah pinggang sehingga beliau terpaksa menggunakan kerusi roda untuk kegunaan harian.

Seterusnya, Encik Mohd Hafiz dari Johor telah memohon kerusi roda ini untuk kegunaan moyang beliau yang telah uzur.

Dalam pada itu, SM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyumpang yang telah bersama-sama SM sejak dahulu lagi.

SM sangat prihatin dengan isu semasa penduduk yang kurang berkemampuan dan berharap kesemua penerima dapat memanfaatkan pemberian ini sewajarnya.

Didoakan semuanya sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.