2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KANAK-KANAK DI SEMENANJUNG GAZA PERLUKAN SOKONGAN PSIKOLOGI

GAZA – Lebih separuh kanak-kanak di Semenanjung Gaza memerlukan sokongan psikologi, menurut Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin pada Rabu.

Pengarah operasi UNRWA di Gaza, Thomas White berkata, ini adalah akibat ketegangan yang berlaku pada Mei.

Beliau menjelaskan bahawa 9,090 kanak-kanak baru-baru ini mengalami masalah tingkah laku dan trauma dan telah menerima sokongan psikologi, lapor Agensi Berita Xinhua.

Katanya, ketegangan baru-baru ini telah menjejaskan kemajuan ekonomi yang dijangka dicapai tahun ini di Gaza, dianggarkan pada 0.3 peratus.

“Keadaan hidup di Semenanjung Gaza adalah sukar, terutamanya akibat kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi,” kata White.

Lebih dua juta penduduk di Semenanjung Gaza berdepan masalah ekonomi akibat sekatan dikenakan Israel sejak 2007.

White berkata, agensi PBB itu meneruskan usahanya berunding dengan penderma untuk memulakan proses pembinaan semula rumah pelarian Palestin dan Jerman telah bersetuju membantu.

Pada 10 Mei, Israel melancarkan serangan tentera selama 11 hari di Semenanjung Gaza, menyebabkan lebih 250 rakyat Palestin dan 13 warga Israel terbunuh selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran rumah dan infrastruktur.

Sumber: Sinar Harian