SM AGIH BANTUAN PEK MAKANAN UNTUK MANGSA BANJIR DI SABAH
Serantau Muslim bukan sahaja mengagihkan bantuan di luar negara seperti di Syria, Gaza, malah juga di Malaysia.
Baru-baru ini agihan pek makanan telah diberikan kepada penduduk yang memerlukan yang terdiri daripada mangsa banjir di Beaufort, Sabah
Agihan bantuan banjir ini telah disampaikan oleh wakil Serantau Muslim di sana.
Kira-kira sebanyak 150 keluarga telah menerima bantuan pek makanan ini.
Dalam pada itu, Serantau Muslim berharap mangsa banjir di sana terus berada dalam keadaan yang baik dan selamat.
Diharapkan juga bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberikan meringankan beban mereka di sana.
Untuk maklumat lanjut, layari www.serantaumuslim.org.my.
416