2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2022-11-24 at 2.53.17 PM
Info Semasa

Serantau Muslim Ucap Tahniah Kepada PM-10

24 Nov 2022: Serantau Muslim ingin mengucapkan jutaan tahniah atas pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

“Negara ini umpama harta pusaka di mana pemimpin adalah pemegang amanahnya, perlu dijaga kerana ia bakal diwarisi generasi yang akan membawa negara terus ke mercu kejayaan”.

Petikan kata-kata dari Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas menjadi panduan utuh buat PM ke-10 agar sentiasa menjaga Amanah yang diberikan untuk memacu negara Malaysia ke arah yang lebih baik,

Dalam pada itu, Serantau Muslim mengajak semua rakyat agar sentiasa mendoakan kepimpinan YAB PM Ke-10 ini akan menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang lebih disegani, makmur, maju dan berjaya.

Serantau Muslim berharap semua rakyat majmuk di negara ini terus bersatu padu, dapat membuang segala sentimen perkauman yang boleh merosakkan nama baik negara dan peganglah pada titah Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong iaitu ‘bagai biduk lalu, kiambang bertaut’ yang mana membawa maksud, hulurkan tangan antara satu dengan yang lain bagi merapatkan semua saf antara semua Ahli-Ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara tercinta. Begitu juga rakyat, saling bermuafakat dalam apa keadaan bagi menjaga negara agar tidak gah di mata dunia.

Serantau Muslim turut mendoakan agar PM ke-10 diberikan kesihatan yang mapan bagi memimpin negara Malaysia tercinta agar sentiasa dalam lindungan Allah serta dijauhi segala musibah.