2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

SERANTAU MUSLIM TAJA IFTAR DI IDLIB, ALEPPO

6 Mei 2020 – Serantau Muslim menyediakan makanan berbuka puasa buat pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian di sekitar Aleppo dan Idlib, Syria.

Tajaan iftar menerusi program tajaberbuka.com ini telah berjaya sampai kepada penghuni kem di sana dengan jayanya.

Antara kem pelarian di Aleppo yang menerima tajaan iftar ini ialah kem Alzmaka (1000 orang), kem Sosyan (500 orang), pelbagai kem lain seramai 1100 orang dan kem Aladesh, 1050 orang.

Manakala di Idlib, Syria pula, kem-kem yang menerima agihan pek iftar ini ialah kem Haranbush 3 (2000 orang), kem Koknaya A (1500 orang) dan kem Koknaya B (1500 orang).

Dalam masa yang sama, Serantau Muslim turut mengagihkan kotak makanan ke kem pelarian Tal Iskandar (350 keluarga) dan kem Shamena (350 keluarga).

Berikut merupakan gambar-gambar semasa sesi agihan yang dijalankan beberapa hari lalu di kem-kem pelarian tersebut.