2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info Semasa

SERANTAU MUSLIM MENERUSKAN AGIHAN TAJA BERBUKA SEPANJANG RAMADAN KEPADA MUSLIM MINIROTI DI ARAKAN

Melaka, 14 Mei – Program tajaberbuka.com di Arakan, Myanmar berjalan seperti biasa sepanjang Ramadan yang berlangsung. Seramai 125 orang muslim minoriti di Arakan, Myanmar telah mendapat manfaat dari program tajaberbuka ini.

Untuk makluman, Tajaberbuka ini merupakan projek utama Serantau Muslim yang dijalankan setiap tahun sebelum ini di 21 negara seluruh Asia Tenggara yang mana fokus utama ialah menyantuni muslim minoriti.

Inisiatif ini adalah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan berbuka dengan juadah yang lebih enak berbanding hari-hari biasa mereka.

Namun, bagi tahun ini, dengan keadaan yang begitu terkawal, program tajaberbuka tahun ini hanya di buat di empat buah negara iaitu di Malaysia, Myanmar, Syria dan Palestin.

Program ini juga akan dijalankan sepanjang Ramadhan dari semasa ke semasa. Bagi mereka yang ingin membantu sila layari tajaberbuka.com.

Sumber: Media Serantau Muslim