2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

Serantau Muslim lancar tabung kecemasan buat Palu

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”Serantau Muslim lancar tabung kecemasan buat Palu” font_container=”tag:h1|font_size:30|text_align:center”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM – Serantau Muslim melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Bumi dan Tsunami bagi penduduk Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia.

Pengurus Besarnya, Mohd Hakim Mohd Nor berkata, difahamkan ramai penduduk terpaksa keluar dari kawasan tersebut ekoran kekurangan bekalan dan kemudahan awam seperti jalan raya, sekolah dan bekalan elektrik tidak dapat diakses.

“Kami melihat ratusan penduduk yang terselamat terpaksa tidur di landasan kapal terbang akibat kehilangan tempat tinggal dan menyebabkan situasi di lapangan tersebut menjadi huru-hara.

“Keadaan ini juga menyebabkan penerbangan dari Lanud AU Makassar terpaksa dihentikan kerana orang ramai turut berebut-rebut ingin keluar dari Palu dan hanya bantuan kemanusiaan sahaja boleh beroperasi,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Palu ini berada dalam keadaan sangat parah kerna mayat mangsa terkorban bergelimpangan walaupun proses menyelamat masih diteruskan.

“Keadaan ini mendedahkan penduduk terselamat dengan masalah kesihatan lain jika mayat-mayat tersebut tidak diuruskan dengan cepat,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh melayari laman sesawang berikut https://www.billplz.com/TabungSulawesi atau menghubungi 010-8659407 untuk mendapat keterangan lanjut.

 

 

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/serantau-muslim-lancar-tabung-kecemasan-buat-palu-1.887265[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]