Serantau Muslim lancar misi bantuan mangsa gempa bumi Lombok
[vc_row][vc_column][helpme_fancy_title font_family=”none”]Serantau Muslim lancar misi bantuan mangsa gempa bumi Lombok
KUALA LUMPUR 8 Ogos – Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim hari ini melancarkan misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa bencana alam berikutan gempa bumi berukuran 7 skala Richter yang melanda Lombok, Indonesia, baru-baru ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, keperluan utama ketika ini adalah bekalan air bersih, makanan yang siap dimasak, pek makanan bayi dan pesakit, ubat-ubatan, pakaian dan selimut, alas tidur serta pek kebersihan diri.
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) memberitahu, Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim turut bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Indonesia untuk mendapatkan maklumat terkini selain bersiap siaga menghantar wakil bagi menghulurkan bantuan kecemasan.
“Gempa yang melanda negara jiran ini bukanlah satu perkara baharu tetapi tragedi ini tidak boleh dipandang sepi, atas dasar tersebut saya komited menghulurkan sumbangan peribadi berjumlah RM10,000 kepada Serantau Muslim.
“Saya mewakili rakan-rakan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyatakan komitmen dalam membantu meringankan beban mangsa di Lombok dan menyeru orang ramai untuk sama-sama menghulurkan bantuan,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.
Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Serantau Muslim, Nurfarahin Ahmad Osman berkata, kutipan sumbangan telah bermula sejak minggu lalu dan akan disalurkan dalam dua peringkat iaitu Sabtu ini dan September depan.
Jelas beliau, ada beberapa barangan akan dibeli di Malaysia dan dibawa ke Lombok, bergantung pada harga dan berat barangan tersebut.
“Sekiranya barangan itu berat, kita bekerjasama dengan NGO di sana untuk membelinya di Lombok kerana cara itu lebih jimat,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan kepada akaun Maybank Pertubuhan Serantau Muslim 564100421083.
Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web, www.smuslim.com atau Facebook SerantauMuslim.
Ahad lalu, Agensi Pencegahan Bencana Indonesia melaporkan gempa bumi berukuran 7 skala Richter menggegarkan bahagian utara pulau Lombok hingga mencetuskan amaran tsunami.- UTUSAN ONLINE
Sumber: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/serantau-muslim-lancar-misi-bantuan-mangsa-gempa-bumi-lombok-1.724997[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_gallery interval=”3″ images=”2089,2088,2087,2086,2085,2103,2102,2101,2100″ img_size=”large”][/vc_column][/vc_row]