2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-01-26 at 3.12.22 PM (1)
Aktiviti SMInfo Semasa

SERANTAU MUSLIM AGIH KOTAK MAKANAN, BAIK PULIH KHEMAH

Kesemua ahli misi kelolaan Serantau Muslim telah selamat mengagihkan kotak makanan kepada para pelarian di beberapa buah kem di Bekaa, Lubnan.

Kotak makanan tersebut telah diisi dengan barangan keperluan makanan berupa makanan ruji mereka di sana.

Anggaran sekotak makanan berkenaan dapat bertahan selama15 hari untuk setiap keluarga yang menerima.

Kotak makanan tersebut begitu bermakna buat mereka kerana ia bukan rutin seperti kita apabila mendapat gaji bulanan boleh berbelanja besar memenuhi sudut dapur kita dengan pelbagai makanan.

Tetapi, bagi mereka yang sudah lama tidak merasai makanan yang sedap dan lengkap, kotak ini adalah satu kebahagiaan buat mereka dan dapat memenuhi ruang kosong di rak-rak dapur mereka.

Selain kotak makanan untuk menjadi alas perut mereka, minyak diesel juga diagih kepada setiap keluarga agar mereka dapat menggunakan bahan tersebut untuk memanaskan badan mereka.

Minyak diesel turut diagih dalam misi kali ini

Baik pulih khemah

Selain kotak makanan ruji yang telah diagih, Serantau Muslim mengambil inisiatif untuk membekalkan khemah yang baru kepada mereka.

Umum maklum, para pelarian Syria di Lubnan terpaksa meneruskan kehidupan di dalam khemah kerana mereka tidak dibenarkan membuat sebarang binaan kekal di negara itu.

Bukan hanya tidak dibenarkan tetapi pada hakikatnya mereka tidak mampu untuk hidup dalam keselesaan akibat kesempitan hidup dan cengkaman ekonomi yang teruk pada zaman ini.

Jadi, lain tidak lain khemahlah menjadi tempat mereka berteduh.

Oleh sebab itu, Serantau Muslim menjalankan program membina khemah buat para pelarian ini dalam misi untukmusyria.com

Mereka hanya berbumbungkan siang dan malam dengan khemah yang berkainkan kanvas bukannya atap Spandex yang banyak digunakan di negara-negara lain.

Justeru, dalam misi kali ini, Serantau Muslim bersyukur kerana dapat melihat dan membantu dengan kudrat sendiri untuk menyiapkan ‘rumah’ buat para pelarian.

Apapun, sama-sama kita doakan agar mereka di sana terus kuat dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidup.Aamiin.