2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-01-30 at 9.58.27 AM
Info Semasa

Dunia kutuk tindakan Israel bunuh penduduk Palestin

RIYADH – Arab Saudi beri amaran mengenai situasi ketegangan antara Palestin dan Israel selepas serangan maut terhadap rumah ibadat di Baitulmaqdis bakal membawa malapetaka kepada keamanan di wilayah sedang bergolak itu, lapor sebuah akhbar tempatan.

“Kerajaan mengecam pihak tertentu yang mensasarkan orang awam secara membabi buta dan menggesa keganasan dihentikan serta menghidupkan semula proses damai dan menamatkan penjajahan haram,” kata Kementerian Luar Arab Saudi.

Dalam laporan sama (Sinar Harian), pemimpin dunia senada mengecam keganasan melampau Israel dan menggesa supaya keadaan kembali tenang selepas beberapa siri insiden di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Semasa serbuan tentera Israel di kem pelarian Jenin pada Khamis lalu telah mengorbankan sembilan penduduk Palestin. Ia kemudian disusuli tembakan maut di luar rumah ibadat di Baitulmaqdis pada Jumaat dan serangan bersenjata seorang budak lelaki Palestin berusia 13 tahun yang mencederakan dua orang pada Sabtu.

Susulan serangan tersebut, Oman mengutuk semua bentuk keganasan yang mensasarkan orang awam sehingga menjejaskan keselamatan dan kestabilan di rantau ini.

Mesir pula berkata, pihaknya ‘mengutuk sekeras-kerasnya’ serangan di di rumah ibadat dan mana-mana serangan terhadap orang awam.

Manakala Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan dan semua keganasan yang bertujuan menjejaskan keselamatan dan kestabilan orang awam.

Malah, Kementerian Luar Rusia, menggesa agar sekatan maksimum dilaksanakan terhadap Israel dan Palestin bagi meredakan ketegangan kemuncak ketika ini.

“Kami melihat perkembangan peristiwa ini bakal mencetuskan perkara lagi buruk. Justeru, kami menggesa semua pihak mencegah ketegangan semakin meningkat,”katanya.