2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

SERANTAU MUSLIM AGIH BUAH-BUAHAN SEGAR KE HOSPITAL-HOSPITAL DI MALAYSIA

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, Serantau Muslim terus membuat agihan bantuan dan sumbangan kepada para petugas yang berada di barisan hadapan.

Agihan untuk Hero Malaysia ini diedarkan bertujuan bagi mengekalkan kesihatan para petugas agar mereka terus bertenaga menjalankan tugasan sepanjang PKPB sehingga 12 Mei ini.

Bermula minggu lepas, Serantau Muslim berjaya mengagihan buah-buahan segar kepada kakitangan perubatan ke hospital-hospital di Malaysia.

Antara hospital yang sempat Serantau Muslim edarkan buah-buahan ini ialah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang Johor, Hospital Alor Gajah, Melaka, Hospital Besar Melaka, Hospital HUKM, Hospital Kajang, Hospital Serdang, Hospital Jitra dan Hospital Sultanah Bahiyah.

Buah-buahan segar terdiri daripada anggur, epal dan oren ini telah sampai dengan selamat di hospital-hospital berkenaan.

Serantau Muslim mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan negara dan kepada semua di luar sana atas sumbangan yang telah disalurkan.

#SerantauMuslim

#SedekahSerantauMuslim

#HeroMalaysia

#AndaHeroKami

Sumber: Media Serantau Muslim