SERANGAN DI SYRIA KORBANKAN 14 PEJUANG
BEIRUT – Serangan lewat malam terhadap kawasan dikuasai militan disokong Iran dan sekutunya di timur Syria mengakibatkan 14 pejuang terbunuh.
Setakat ini, tiada maklumat mengenai siapa yang memulakan serangan di padang pasir berhampiran bandar Mayadin itu.
Serangan berlaku hanya beberapa minit selepas pasukan pertahanan udara Syria memintas serangan Israel di utara negara itu.
Ketua Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdul Rahman, berkata Israel ‘berkemungkinan’ memulakan operasi yang mengorbankan pejuang warga Iraq dan Iran.
Sumber: Berita Harian
434