2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

SEKATAN PENUH DI COX’S BAZAR

COX’S BAZAR, Bangladesh – Bangladesh mengenakan sekatan penuh di kawasan ini yang menempatkan lebih sejuta pelarian Rohingya dari Myanmar bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Pakar memberi amaran bahawa wabak berkenaan akan merebak dengan pantas memandangkan kem itu sesak dan padat selain keadaan persekitaran yang kurang bersih.

Tiada kes dicatatkan di kalangan pelarian di kem itu setakat ini namun terdapat satu kes dilaporkan di kawasan berhampiran.

Berikutan jumlah kes meningkat dua kali ganda mencecah 200 di seluruh negara dalam tempoh lima hari termasuk 20 kematian, pihak berkuasa membuat keputusan untuk mengenakan sekatan penuh di kawasan berkenaan.

Seorang pengarah berkata, tiada sebarang aktiviti masuk atau keluar dibenarkan sehingga keadaan semakin baik.

Pasukan polis dan tentera akan mengadakan sekatan jalan raya di laluan utama di daerah ini yang menempatkan 3.4 juta penduduk termasuk pelarian Rohingya selain turut mengadakan rondaan sekitar kem.

Komisioner pelarian, Mahbub Alam Talukder berkata, sekatan pergerakan ke atas kakitangan bantuan juga turut dikenakan menyebabkan jumlahnya terpaksa dikurangkan sehingga 80 peratus.

“Hanya bekalan makanan kecemasan dan perkhidmatan perubatan dibenarkan terus beroperasi di sini namun dengan langkah berjaga-jaga yang teliti,” katanya.

Sumber: Harian Metro