2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
6511459c-202a-4f28-a6b8-8a6184b5bab7.jpg
Info Semasa

Satu korban gempa di Papua New Guinea

Sydney: Sekurang-kurangnya seorang disahkan maut selepas gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter melanda Papua New Guinea (PNG) pagi Ahad, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Gempa bumi pada 7.46 pagi waktu tempatan itu telah mencetuskan kejadian tanah runtuh dan menyebabkan kediaman di perkampungan di Banjaran Finisterre tertimbus, seorang disahkan maut, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Laman sesawang digital tempatan Loop PNG memaklumkan gegaran turut dirasai di wilayah Lembah Markham, Lae termasuk bandar Kainantu di wilayah Highlands timur, dan di Port Moresby serta beberapa bahagian lain.

Gempa bumi juga telah menjejaskan bekalan kuasa di kawasan berkenaan.

Mission Aviation Fellowship (MAF) PNG telah menghantar sebuah pesawat untuk memindahkan empat mangsa yang mengalami kecederaan.

Perdana Menteri PNG James Marape yang bimbang dengan kesan akibat gempa itu menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Pasukan Pertahanan PNG dan polis telah diarah siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Marape berkata pihaknya akan mengumumkan pelan tindakan awal sementara menunggu laporan penuh mengenai kerosakan dan jumlah mangsa yang terjejas.

Pusat gempa bumi dilaporkan pada 6.30 darjah selatan dan 146.55 darjah timur, pada kedalaman 70 kilometer, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Sumber: Harian Metro