2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

REMAJA PALESTIN MAUT DITEMBAK ASKAR ISR@EL

NABLUS: Seorang remaja 15 tahun maut terkena tembakan tentera Israel di Tebing Barat semalam ketika pertempuran berlaku selepas pasukan keselamatan Israel menyerbu kem pelarian berhampiran Nablus untuk mencari seorang suspek.

Kementerian Kesihatan Palestin yang mengesahkan kejadian itu berkata, Imad Khaled Saleh Hashash meninggal dunia selepas tembakan terkena bahagian kepalanya dalam kejadian di kem pelarian Balata.

Menurut tentera Israel, pihaknya hanya menjalankan operasi semalaman di kem terbabit untuk menangkap suspek.

“Ketika misi, peluru hidup ditembak ke arah tentera dari atas bumbung. Tentera melepaskan tembakan sebagai respon terhadap punca tembakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut tentera, rusuhan kemudiannya berlaku dengan penduduk mula melemparkan bata dan objek lain dari bumbung ke arah tentera Israel.

“Semasa rusuhan, beberapa tentera mengesan suspek berada di atas bumbung sedang memegang satu objek besar di tangannya dan cuba untuk melempar ke arah tentera (Israel) yang berdiri di bawah bangunan.

“Salah seorang tentera bertindakbalas dengan melepaskan tembakan dan serangan dikenalpasti,” tambah kenyataan itu tanpa merujuk secara langsung mengenai kematian remaja terbabit.

Rusuhan berdarah adalah perkara biasa di Tebing Barat, iaitu wilayah kepunyaan Palestin yang dijajah negara haram Israel sejak 1967.

Awal bulan ini sahaja, empat warga Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel di kem pelarian Jenin yang sedang bergolak.

Sumber: Berita Harian