2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

1.3 BILION PENDUDUK DUNIA HIDAP DARAH TINGGI

GENEVA: Hampir 1.3 bilion penduduk dunia menghidap penyakit darah tinggi, iaitu ‘musuh dalam selimut’ yang sering kali disebabkan oleh masalah kegemukan yang meningkatkan risiko menghidap penyakit jantung, angin ahmar dan penyakit buah pinggang, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut Berita Mediacorp yang memetik laporan Reuters, tekanan darah tinggi boleh didiagnosis secara mudah dengan memantau tekanan darah dan boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan yang rendah kosnya.

Namun separuh daripada individu yang terjejas tidak menyedari tentang keadaan mereka dan tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya, menurut WHO dan Kolej Imperial London dalam satu kajian bersama yang diterbitkan dalam The Lancet.

Walaupun kadar penghidap penyakit darah tinggi berubah sedikit sepanjang 30 tahun lalu, kebanyakan kes dilaporkan di negara-negara berpendapatan rendah, sedang negara-negara kaya pula kebanyakannya dapat mengawal penyakit itu, menurut kajian tersebut.

Sekitar 17.9 juta orang meninggal dunia pada 2019 disebabkan oleh penyakit jantung, iaitu satu daripada tiga kematian global, dengan tekanan darah tinggi sebagai faktor utama, menurut WHO.

Sumber: Utusan