2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-01-24 at 6.03.56 PM (2)
Uncategorized

Rejim Zionis terus sasarkan hospital di Gaza

Serangan rejim Zionis di sebuah hospital di selatan bandar Khan Yunis menyebabkan orang awam terperangkap di tengah-tengah pertempuran sengit.

Laporan oleh Berita Harian yang disunting dari kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza menjangkakan puluhan mangsa cedera akibat serangan dilancarkan beberapa kereta kebal yang menembak ke arah tingkat atas bangunan pembedahan khas dan unit kecemasan Hospital Nasser.

Bagaimanapun, rejim Zionis enggan mengulas serangan terbabit.

Khan Yunis menjadi medan pertempuran antara Israel dan pejuang Palestin dengan konflik itu kini merebak ke selatan Gaza selepas hampir tiga bulan rejim Zionis melancarkan serangan daratnya.

Sementara itu, Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memaklumkan, salah satu tempat perlindungan kendaliannya di Khan Yunis terjejas akibat operasi ketenteraan.

Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini, menerusi ciapan di aplikasi X berkata, sekurang-kurangnya enam terbunuh, manakala ramai lagi cedera susulan serangan sangat hebat di tempat perlindungan itu.

Pejabat Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menerusi ciapan di aplikasi X pula memberi gambaran, Gaza diselubungi ‘kesakitan tidak dapat diungkapkan’ dengan jumlah kematian ‘meningkat berterusan’.

“Pertempuran meningkat di Khan Yunis, menyebabkan kerosakan kawasan awam dan meragut nyawa. Serangan ke atas fasiliti kesihatan terus meningkat,” katanya.

Tekanan dihadapi daripada rejim Zionis memaksa lebih sejuta orang berlindung di Rafah, di selatan Khan Yunis dan berhampiran sempadan Mesir.

Berdasarkan angka terkini Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 25,490 orang terbunuh akibat serangan di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.