2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Info Semasa

Ratusan penduduk awam, kanak-kanak terkorban perang di Ukraine

GENEVA: Hak Asasi Manusia bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan sekurang-kurangnya 102 penduduk awam terkorban, termasuk tujuh kanak-kanak sejak Rusia menyerang Ukraine lima hari lalu.

Ketuany, Michelle Bachelet berkata kbanyakan penduduk awam yang maut disebabkan oleh kesan serangan di sesebuah kawasan, termasuk pelancaran artileri dan roket.

“Mungkin jumlah sebenar lebih tinggi berbanding yang direkodkan ketika ini dan perkara itu amat membimbangkan,” katanya.

Selain itu, Bachelet juga menyatakan golongan warga emas, wanita dan kanak-kanak berdepan dengan trauma akibat peperangan yang tercetus.

Katanya, golongan tersebut terpaksa berhimpit-himpit di pusat perlindungan bom, termasuk stesen tren bawah tanah bagi melindungi diri mereka daripada sebarang letupan.

Beliau turut memaklumkan, kira-kira 368,000 penduduk Ukraine melarikan diri ke beberapa negara jiran.

Laporan terdahulu merekodkan sebanyak 406 kematian di Ukraine sejak Rusia melancarkan serangan, namun tidak dapat dipastikan.