2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-10-17 at 7.48.07 AM (1)
Info Semasa

Rakyat Palestin tidak akan tinggalkan Gaza – Pemimpin Hamas

GAZA: Pemimpin pejuang Hamas menegaskan, rakyat Palestin tidak akan meninggalkan Gaza atau Tebing Barat untuk berhijrah ke Mesir.

Menurut laporan Astro Awani, hal ini terjadi walaupun selepas desakan rejim Israel agar lebih sejuta penduduk di kawasan itu meninggalkan rumah mereka dan menuju ke selatan.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh berkata, keputusan rakyat Palestin adalah untuk kekal di tanah air mereka.

Mesir berkongsi sempadan dengan Gaza dan bimbang kemungkinan penduduk Palestin menjadi pelarian disebabkan pengepungan dan pengeboman rejim Israel ke atas wilayah itu.

Seperti negara-negara Arab yang lain, Mesir menegaskan rakyat Palestin harus tinggal di tanah mereka.

Mesir dalam masa sedang berusaha untuk mendapatkan penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza.

Pada Jumaat, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mendakwa orang awam Palestin yang ingin menyelamatkan nyawa kononnya mesti mematuhi arahan rejim Israel untuk berpindah ke selatan di Gaza.