2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-10-26 at 11.27.48 AM
Info SemasaKenyataan Media

MELAKA NEGERI PERTAMA ANJUR MEGA ROAD-TOUR HIMPUNAN 1,000,000 PEMBELA PALESTIN

My Aqsa Defender melalui ahli gabungannya Serantau Muslim akan menganjurkan Program Mega Road-Tour Himpunan 1,000,000 Pembela Palestin bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 29 Oktober 2023.

Menurut Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Mohd Hakim Haji Mohd Nor, Pengerusi Serantau Muslim yang juga Pengerusi Himpunan 1,000,000 Pembela Palestin, program ini adalah untuk meneruskan gelombang program Malaysia bersama Palestin yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru baru ini.

Menurut beliau lagi, himpunan di Melaka ini penting untuk dihadiri seluruh rakyat Malaysia untuk meneruskan gelombang solidariti dan sebagai signal jelas Malaysia menjadi pembela Palestin.

Program yang dianjurkan bersama gabungan NGO , agensi-agensi kerajaan dan juga swasta ini dijangka akan dihadiri oleh 10,000 orang dari seluruh negara

Melaka akan menjadi tuan rumah pertama untuk Mega Road Tour ini dan akan diteruskan lagi ke negeri-negeri yang lain seperti Kedah, Selangor, Terengganu dan Kelantan.

Sebelum ini, Gabungan NGO melalui My Aqsa Defender ini telah berjaya menggerakkan kempen di media sosial melalui #israelcuak dan trending lebih 250 juta kali ciapan.

Oleh: Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Mohd Hakim Haji Mohd Nor
Pengerusi Program Mega Road-Tour Himpunan 1,000,000 Pembela Palestin

26 Oktober 2023