2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-11-28 at 3.55.36 PM (1)
Info Semasa

Rakyat Palestin ditahan di penjara Israel melebihi 7,000 orang

Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin mendedahkan jumlah tahanan rakyat Palestin di kesemua penjara Israel melebihi 7,000 orang.

Menurut laporan Sinar Harian yang memetik sumber dari Agensi Berita Palestin (WAFA) dan bahan dari Bahasa Arab, tentera Zionis Israel menahan lebih 3,200 rakyat Palestin dalam tempoh 8 Oktober hingga 14 November dengan angka tertinggi dari Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis.

Ini termasuk lebih 200 remaja dan kanak-kanak, 78 wanita selain ratusan orang sakit dan cedera yang masih memerlukan rawatan.

Seramai 29 daripada 41 wartawan yang ditangkap masih dalam tahanan sejak 7 Oktober,” menurut kenyataan itu.

– WAFA

Tentera Zionis Israel mula mempergiat operasi penangkapan di lapangan sehari selepas konflik Israel-Gaza memuncak pada 7 Okt, termasuk melakukan serbuan ke premis-premis awam, merosak dan memusnahkan rumah penduduk di Gaza selain memukul keluarga tahanan. 

Ternyata sifat tentera Zionis tidak berkemperimanusiaan dan sangat zalim kepada manusia yang lain, sebaliknya tentera Al-Qassam begitu baik dengan tahan Israel yang tidak bersalah, rujuk tajuk berita ‘Wanita Israel titip warkah penghargaan kepada Briged Al-Qassam’.