2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-01-08 at 3.17.58 PM (3)
Uncategorized @ms

Pusat perlindungan di Gaza terlalu padat – UNRWA

Agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan bahawa pusat perlindungan di Semenanjung Gaza kini ‘terlalu padat’.

Pengarah komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Juliette Touma, berkata pihaknya tidak lagi mampu menerima kemasukan penduduk yang hilang tempat tinggal ke pusat perlindungannya, lapor Berita Harian yang memetik berita Agensi Anadolu.

Gaza tidak mempunyai infrastruktur awam untuk menyokong kemasukan besar orang awam yang kehilangan tempat tinggal, ramai penduduk kini tidur di jalanan.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 22,835 rakyat Palestin terbunuh manakala 58,416 lagi cedera sejak Israel melancarkan serangan udara dan darat ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Serangan Israel telah menyebabkan Gaza hancur dengan 60 peratus infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah dan hampir dua juta penduduk hilang tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Ramai pakar undang-undang antarabangsa menyifatkan tindakan Israel di Gaza sebagai jenayah perang atau pembunuhan beramai-ramai.

Negara-negara seperti Turkiye dan Afrika Selatan sedang berusaha untuk memfailkan tindakan undang-undang terhadap Israel di mahkamah antarabangsa. 

Kita semua haruslah bersama-sama terus menerus memboikot barangan Israel dan sekutunya serta doakan rakyat yang dizalimi mendapat keadilan.