2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-01-08 at 3.17.58 PM (2)
Uncategorized @ms

Lebih 10 kanak-kanak di Gaza kudung setiap hari sejak 7 Oktober

Purata lebih 10 kanak-kanak Palestin kehilangan satu atau kedua-dua kaki mereka pada setiap hari sejak tentera Israel melancarkan serangan ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu.

Memetik laporan Berita Harian yang disunting dari Agensi Berita Iran IRNA, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyatakan lebih 1,000 kanak-kanak di Gaza mengalami amputasi pada satu atau kedua-dua kaki mereka dalam tempoh itu,

Manakala menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), konflik di Gaza menyebabkan sistem penjagaan kesihatan di wilayah itu terjejas teruk, menyumbang kepada kekurangan doktor, jururawat, bekalan ubat-ubatan yang penting seperti ubat bius dan antibiotik.

Ini mengakibatkan banyak pembedahan ke atas kanak-kanak terpaksa dilakukan tanpa bius.

WHO berkata walaupun 13 daripada 36 hospital di Gaza kekal berfungsi sebahagiannya, kemudahan itu hanya boleh beroperasi secara berkala.

Selain itu, sembilan hospital di selatan Gaza yang sebahagiannya berfungsi terpaksa beroperasi tiga kali ganda melebihi kapasiti mereka.

Pengarah Negara Save the Children di wilayah Palestin yang diduduki, Jason Lee, berkata penderitaan kanak-kanak dalam konflik itu sukar dibayangkan, sambil menyatakan ia tidak perlu dan boleh dielakkan sepenuhnya.

“Hanya gencatan senjata akan menamatkan pembunuhan dan mencacatkan anggota badan orang awam serta membenarkan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan, termasuk ubat-ubatan kritikal untuk kanak-kanak yang cedera, pada skala dan lokasi yang diperlukan,” katanya.