2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-05-17 at 8.55.38 AM
Info Semasa

Presiden PBB gesa PBB gantung keanggotaan Israel

NEW YORK: Presiden Palestin Mahmoud Abbas, hari ini menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggantung keahlian Israel dalam badan dunia itu, melainkan ia menghormati komitmennya untuk melaksanakan resolusi PBB yang berkaitan, lapor Berita Harian.

Jumlah resolusi berkaitan Palestin yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB, Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) adalah ‘kira-kira 1,000’.

“Sehingga kini, tiada satu resolusi pun dilaksanakan. Oleh itu, kami secara rasmi menuntut hari ini, selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi antarabangsa untuk memastikan Israel menghormati resolusi ini atau menggantung keahlian Israel dalam PBB.

“Lebih-lebih lagi, Israel tidak pernah menunaikan kewajipannya dan prasyarat untuk menjadi ahli dalam pertubuhan ini,” katanya pada mesyuarat khas peringkat tinggi sempena memperingati ulang tahun ke-75 Nakba, juga dikenali sebagai Malapetaka Palestin.

Presiden Palestin itu juga mendakwa Britain dan Amerika Syarikat (AS) bertanggungjawab ke atas peristiwa Nakba pada 1948 yang mengakibatkan penderitaan rakyat Palestin sehingga hari ini.

“Britain dan AS secara khusus memikul tanggungjawab politik dan etika secara langsung untuk Nakba rakyat Palestin.

“Ini kerana mereka mengambil bahagian dalam menjadikan rakyat kita mangsa apabila memutuskan untuk menubuhkan dan meletakkan entiti lain di tanah air kita yang bersejarah untuk matlamat dan objektif penjajah mereka sendiri.

“Israel tidak akan meneruskan permusuhan dan pencerobohannya tanpa sokongan yang diterima daripada kedua-dua negara ini,” kata Abbas

Tambah Berita Harian lagi, Hari Nakba pada 15 Mei adalah untuk mengingati pengusiran ratusan ribu rakyat Palestin dari kediaman dan tanah air mereka pada 1948 selepas penubuhan Israel.