2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

PETEMPATAN ROHINGYA MUSNAH ANGKARA RIBUT

 

BALUKHALI, 15 JULAI – Sekurang-kurangnya 10 maut dan ribuan rumah setinggan di kem pelarian yang terletak di tenggara Bangladesh musnah sejak April lalu akibat hujan monsun.

 

Jurucakap Pertubuhan Penghijrahan Antarabangsa (IOM) memaklumkan dalam satu laporan bahawa hujan lebat telah menyebabkan banjir lumpur sehingga memusnahkan rumah sementara yang diperbuat daripada kanvas dan buluh.

 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menyatakan lebih 200 kejadian tanah runtuh berlaku di kem terbabit sejak April lalu dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 maut.

 

Manakala Jabatan Meteorologi Bangladesh berkata hujan mengakibatkan daerah Cox’s Bazar dinaiki air sekurang-kurangnya 58.5 meter sejak 2 Julai lalu.

 

Dalam minggu ini sahaja, dua etnik Rohingya maut dan 6,000 yang lain terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing akibat hujan lebat.

 

Pelarian berkata, kehidupan mereka terjejas akibat hujan lebat yang berlaku setiap hari di kem itu.

 

Sumber: Berita Harian