2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

MYANMAR DILANDA TENGKUJUH, 18,000 PENDUDUK TERPAKSA BERPINDAH

 

YANGON, 15 JULAI – Lebih 18,000 penduduk terpaksa berpindah selepas paras sungai meningkat pada aras bahaya di Myanmar, lapor agensi berita Reuters.

 

Pengarah Jabatan Pengurusan Bencana, Phyu Lai Lai Htun turut memaklumkan terdapat empat kawasan penempatan di sepanjang sungai Ayeyarwady dan Chindwin berada dalam keadaan bahaya.

 

“Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk membantu penduduk,” katanya.

 

Kachin yang terletak di utara Myanmar merupakan kawasan paling terus terjejas apabila 14,000 penduduk harus dipindahkan susulan air sungai Ayeryarwady melimpah.

 

Selain itu, Rakhine yang terletak di barat Myanmar juga menerima nasib sama apabila 3,000 penduduk terpaksa dipindahkan termasuk ribuan pelarian yang ditempatkan di kem tentera.

 

Difahamkan juga, hujan lebat melanda negara tropika Asia Tenggara sejak Mei dan akan berlanjutan hingga Oktober ini sekali gus mengundang banjir di beberapa negeri di negara itu.

 

 

Sumber: Sinar Harian