2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

PERBEZAAN ZAKAT DAN SUMBANGAN

PENGERTIAN ZAKAT DAN PENGERTIAN
ZAKAT adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Zakat terbahagi kepada 6 kategori iaitu pendapatan, perniagaan, saham, emas, KSWP dan wang simpanan. [Kiraan zakat di www.zakat2u.com.my/kiraan/zakat].

Manakala SUMBANGAN ialah apa-apa yang disalurkan untuk tujuan bantuan atau sebagai sokongan, pertolongan kepada mereka yang memerlukan.

HUKUM ZAKAT DAN SUMBANGAN
ZAKAT adalah fardhu ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi syarat-syarat wajib dan akan mengakibatkan murtad jika mengingkarinya.

Manakala SUMBANGAN adalah tiada tetapan nilai yang tertentu dan boleh diberikan kepada mereka memerlukan untuk tujuan yang tidak menyalahi syariat Islam.

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
Zakat merupakan rukun Islam yang kelima. Antara hikmahnya ialah:
Membersihkan diri pembayar zakat
Menyuburkan harta pembayar zakat
Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai Allah
SWT.

HIKMAH MEMBERI SUMBANGAN
Menginfakkan harta di jalan Allah SWT adalah pendekatan Al-Quran bagi memanfaatkan harta dan mendidik hati orang mukmin agar dapat membina kehidupan atas perasaan tanggungjawab kepada orang lain.

Selain itu, Allah SWT mengingatkan kita bahawa apa yang diinfakkan itu bukan milik peribadi kita malah ia adalah rezeki kurniaan Allah SWT untuk dibahagikan kepada orang lain.

Sumber: Lembaga Zakat Selangor