2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2022-12-13 at 10.47.00 AM
Info Semasa

Perang Yemen ragut nyawa 11,000 kanak-kanak

DUBAI – Lebih 11,000 kanak-kanak diketahui dibunuh atau cacat sejak perang saudara Ye­men merebak hampir lapan tahun lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  semalam. 

“Angka kematian sebenar dalam konflik ini dipercayai jauh lebih tinggi. Beribu-ribu kanak-kanak hilang nyawa,  manakala  ratusan ribu lagi diancam kebuluran atau wabak penyakit yang boleh dicegah,” kata Catherine Russel selaku pengarah eksekutif agensi kanak-kanak PBB, UNICEF.

Katanya, kira-kira 2.2 juta kanak-kanak Yemen berdepan kekurangan zat serius dengan satu perempat daripada mereka berumur bawah lima tahun. Kebanyakan mereka  juga berdepan risiko amat tinggi dijangkiti wabak kolera, demam campak dan penyakit lain yang boleh dicegah menerusi kempen vaksinasi.

Perang Yemen meletus pada 2014 dan menyaksikan pembe­rontak Houthi yang disokong Iran menguasai ibu negara, Sanaa. Perkembangan itu mendorong campur tangan tentera pakatan diketuai Arab Saudi untuk mengembalikan kuasa kerajaan sebelumnya.

Beratus-ratus ribu orang terbunuh sejak itu, sama ada di­sebabkan oleh pertempuran atau minum air tercemar, wabak pe­nyakit, kelaparan dan impak lain.

Angka terbaharu UNICEF mengesahkan seramai 3,774 kanak-kanak mati antara Mac 2015 hingga September 2022.

Satu gencatan senjata tajaan PBB bertahan selama enam bulan hingga 2 Oktober lalu tetapi pihak-pihak yang berperang gagal bersetuju untuk melanjutkannya selepas itu.

UNICEF juga merayu dana AS$484.4 juta (RM2.14 bilion) untuk menangani krisis kemanusiaan Yemen. 

Sumber: Kosmo