2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-02-14 at 1.03.10 PM
Uncategorized

Pencerobohan Rafah boleh ‘membawa kepada pembunuhan’ – PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran terhadap pencerobohan darat Israel ke atas Rafah di Semenanjung Gaza dengan berkata, serangan boleh ‘mengakibatkan pembunuhan’ di wilayah selatan enklaf Palestin itu, di mana lebih sejuta orang berlindung.

Israel memaklumkan, pihaknya mahu menghalau keluar pejuang Hamas daripada lokasi persembunyian di Rafah dan membebaskan tebusan Israel yang ditahan di kawasan itu, di samping sedang membuat perancangan untuk memindahkan orang awam Palestin yang terperangkap, lapor Berita Harian.

“Operasi ketenteraan di Rafah boleh membawa kepada penyembelihan di Gaza. Mereka juga boleh meninggalkan operasi kemanusiaan yang sudah ‘rapuh di pintu kematian’.

Menerusi laporan sama, Ketua Bantuan PBBm, Martin Griffiths menyatakan bahawa PBB kekurangan jaminan keselamatan, bekalan bantuan dan kapasiti kakitangan untuk mengekalkan operasi ini.

Griffiths berkata, masyarakat antarabangsa sudah memberi amaran terhadap akibat berbahaya daripada sebarang pencerobohan darat di Rafah.

“Kerajaan Israel tidak boleh terus mengabaikan seruan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Rundingan yang membabitkan Amerika Syarikat (AS), Mesir, Israel dan Qatar mengenai gencatan senjata Gaza berakhir tanpa kejayaan pada Selasa ketika seruan semakin meningkat untuk Israel menahan serangan Rafah yang dirancangnya.

“Harapan ikhlas saya rundingan bagi pembebasan tebusan dan beberapa bentuk pemberhentian permusuhan berjaya untuk mengelak serangan habis-habisan ke atas Rafah.

“Itu akan membawa akibat yang dahsyat,” kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres kepada pemberita pada hari Selasa.

Lebih separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza berlindung di Rafah dengan kebanyakan mereka berada di pagar sempadan dengan Mesir dan tinggal di khemah sementara.