2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-02-15 at 1.57.31 PM (1)
Uncategorized @ms

Israel lancar serangan udara di Selatan Lubnan

Israel pada Rabu melancarkan serangan udara menggunakan dron dan pesawat perang ke beberapa kawasan di selatan Lubnan.

Menerusi laporan Sinar Harian, berita Xinhua menyatakan pesawat Israel melakukan 15 serbuan dalam masa kurang setengah jam, menyasarkan beberapa kawasan di selatan, termasuk Nabatieh dan Iqlim al Tuffah, terletak lebih 20 kilometer dari sempadan yang memisahkan Lubnan dan Israel.

Sementara itu, sumber perubatan kerajaan menyatakan bahawa serangan udara Israel itu menyebabkan kecederaan dengan anggota Pertahanan Awam dan Palang Merah Lubnan sedang berusaha untuk menghantar mangsa yang cedera ke beberapa hospital di selatan Lubnan.

Sama-samalah kita doakan agar Israel laknatullah mendapat balasan setimpal di atas perbuatan zalim mereka.