2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
faf07e10-1bb6-4bbd-827b-7aeaaaa9f10b.jpg
Info Semasa

Pegawai India tidak peduli serangan ke atas minoriti

NEW DELHI: Segelintir pegawai di India didakwa tidak mempedulikan atau malah menyokong peningkatan serangan terhadap penduduk dan tempat ibadat di negara itu, kata seorang pegawai Amerika Syarikat (AS), semalam.

Ia hasil penemuan laporan mengenai kebebasan beragama secara global pada 2021.

Laporan itu menyatakan, serangan ke atas ahli komuniti minoriti agama, termasuk pembunuhan, serangan dan ugutan berlaku sepanjang tahun lalu di India.

Ia termasuk menghukum golongan bukan Hindu atas dakwaan menyembelih lembu atau berniaga daging lembu.

Kebanyakan penganut Hindu, iaitu kira-kira 80 peratus daripada 1.35 bilion penduduk India, menganggap lembu sebagai suci.

Banyak negeri yang diperintah parti nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi menggubal undang-undang atau memperkasa undang-undang lama bagi menentang penyembelihan lembu.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, berkata laporan itu menunjukkan kebebasan beragama dan hak minoriti agama berada di bawah ancaman di seluruh dunia.

Rashad Hussain, yang mengetuai usaha Jabatan Negara AS bagi memantau kebebasan beragama di seluruh dunia, berkata beberapa pegawai India ‘tidak mempedulikan atau malah menyokong peningkatan serangan ke atas orang awam dan tempat ibadat’.

Kementerian luar India tidak segera memberi maklum balas selepas diminta mengulas perkara itu.

Ia sebelum ini menolak sebarang ulasan dari luar mengenai hal ehwal dalaman, terutama dari AS.

Pertikaian antara komuniti agama di India mengenai tempat ibadat berlaku sejak negara itu mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan British pada 1947, namun ia semakin menjadi kebiasaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Umat Islam membentuk kira-kira 13 peratus daripada penduduk India.

Sumber: BH