2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-11-08 at 2.19.23 PM
Info Semasa

Palestin gesa ICC keluarkan waran tangkap terhadap pegawai Israel

GAZA CITY: Palestin menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap pegawai Israel berhubung konflik berterusan di Semenanjung Gaza.

Gesaan itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Mohammad Shtayyeh dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung di Ramallah, Tebing Barat, lapor Utusan yang dipetik dari Agensi Anadolu.

“ICC harus mengeluarkan waran tangkap terhadap penjenayah berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini”.

Selain itu, Mohammad Shtayyeh juga menzahirkan rasa penghargaan dan tabik kepada negara-negara yang akan mengemukakan rujukan kepada ICC untuk mendakwa penjenayah.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai isu tersebut.

Perdana Menteri Palestin itu menggesa tindakan tegas diambil untuk menghentikan kekejaman Israel yang kini mengubah Semenanjung Gaza kepada lembah darah.

Terdahulu, kementerian kesihatan Gaza memaklumkan angka kematian akibat serangan tentera Israel di Gaza kini melebihi 10,000 orang.

Dalam satu sidang media, Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra berkata tentera Israel membunuh 10,022 orang dan mencederakan lebih 25,000 yang lain.